BALAPAN DAN PADANG
MSS Negeri Sembilan Darul Khusus
Pages
Monday, 18 July 2011
at
Monday, July 18, 2011
|
0
comments
|
By:
Balapan dan Padang MSS Negeri Sembilan
CONTOH PERATURAN BALAPAN DAN PADANG
1.1. Setiap pertandingan yang dijalankan hendaklah dikawal oleh undang-undang dan peraturan pertandingan bersesuaian dengan matlamat penganjurannya.
1.2. Pembinaan peraturan sesuatu kejohanan akan merujuk dan mengikut undang-undang dan peraturan
1.2.1. Persatuan Olahraga Antarabangsa.
1.2.2. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia,
1.2.3. Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM )
1.2.4. Majlis Sukan Sekolah Negeri ( MSSN )
1.2.5. Majlis Sukan Sekolah Daerah ( MSSD)
1.2.6. Majlis Sukan Sekolah cawangan – jika ada
1.3. Peraturan pertandingan perlu mempunyai perkara berikut;
1.3.1. Nama kejohanan,
1.3.2. Tarikh
1.3.3. tempat pertandingan.
1.3.4. Kategori dan acara-acara yang dipertandingkan
1.3.5. Ukuran, berat alatan dan jarak.
1.3.6. Syarat-syarat penyertaan
1.3.7. Nombor peserta.
1.3.8. Aturcara dan jadual pertandingan.
1.4. Acara Dan Ukuran Serta Timbangan Alat Pertandingan
KOD ACARA | ACARA | LELAKI | PEREMPUAN | ||
18 TKB | 15 TKB | 18 TKB | 15 TKB | ||
01 | 100 M | X | X | X | X |
02 | 200 M | X | X | X | X |
03 | 400 M | X | X | X | X |
04 | 800 M | X | X | X | X |
05 | 1500 M | X | X | X | X |
06 | 3000 M TERBUKA | - | - | X | - |
07 | 5000 M TERBUKA | X | - | - | - |
08 | 80 M LARI BERPAGAR | - | - | - | - |
09 | 100 M LARI BERPAGAR | - | - | X 0.840 M | X 0.762 M |
10 | 110 M LARI BERPAGAR | X 0.992 M | X 0.914 M | - | - |
11 | 200 M LARI BERPAGAR | - | X 0.840 M | - | X 0.762 M |
12 | 400 M LARI BERPAGAR | X 0.914 M | - | X 0.762 M | - |
13 | 2000 M L. BERHALANGAN | - | X | - | - |
14 | 3000 M L. BERHALANGAN | X | - | - | - |
15 | 3000 M JALAN KAKI | - | - | - | X |
16 | 5000 M JALAN KAKI | - | X | X | - |
17 | 10000 JALAN KAKI | X | - | - | - |
18 | LOMPAT TINGGI | X | X | X | X |
19 | LOMPAT JAUH | X | X | X | X |
20 | LOMPAT KIJANG | X | X | X | X |
21 | LOMPAT BERGALAH (T) | X | - | X | - |
22 | MELONTAR PELURU | X 5.45 KG | X 4.55 KG | X 4.00 KG | X 4.00 KG |
23 | MELEMPAR CAKERA | X 1.50 KG | X 1.00 KG | X 1.00 KG | X 1.00 KG |
24 | MEREJAM LEMBING | X 700 G | X 600 G | X 600 G | X 600 G |
25 | BALING TUKUL BESI (T ) | X 5.45 KG | - | X 4.00 KG | - |
26 | 4 X 100 M | X | X | X | X |
27 | 4 X 200 M | - | - | - | - |
28 | 4 X 400 M | X | X | X | X |
29 | PENTATLON TERBUKA | - | - | X | - |
30 | HEPTATLON TERBUKA | X | - | - | - |
| JUMLAH | 21 | 17 | 20 | 16 |
1.5. Ukuran Dan Jarak Acara 80 Meter Lari Berpagar
BIL. PAGAR | TINGGI PAGAR | PAGAR 1 DARI GARISAN PERMULAAN | PAGAR KE PAGAR | PAGAR 8 KE GARISAN PENAMAT |
8 | 0.762 M | 12.00 METER | 8.00 METER | 12.00 METER |
1.6. Jarak dan Ukuran Acara 200 Lari Berpagar
KATEGORI | BIL PAGAR | TINGGI PAGAR | PAGAR 1 DARI GARISAN PERMULAAN | PAGAR KE PAGAR | PAGAR 10 KE GARISAN PENAMAT |
LELAKI 15 TKB | 10 | 0.840 M | 16.00 METER | 19.00 METER | 13.00 METER |
PEREMPUAN TKB | 10 | 0.762 M | 16.00 METER | 19.00 METER | 13.00 METER |
1.7. Acara 2000 Meter Lari Berhalangan
1.7.1 Lompat Pagar : 18 kali
1.7.2. Lompat Air : 5 kali
1.7.3. Lompatan air ialah lompatan kedua dalam pusingan pertama dan kemudiannya lompatan yang keempat dalam pusingan yang berikutan
1.8.Tatacara pelari untuk Acara 4 X 200 M
1.8.1. Pelari Pertama akan gunakan lorong sendiri dan akan bermula di garisan 1 ½ stagger – seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400 M
1.8.2. Pelari Kedua akan bersedia di garisan satu stagger yang akan disediakan
1.8.3. Pelari Ketiga akan bersedia di garisan ½ stagger ( seperti pelari kedua dalam acara 4 X 400 M ). Selepas menerima baton daripada pelari kedua, pelari ketiga mestilah berlari di lorong masing – masing sehingga ke selekoh pertama dan kemudiannya, beliau boleh memotong masuk ke lorong pertama.
1.8.4. Pelari Akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut kedudukan pelari yang datang, dan menerima baton dengan syarat dia tidak menghalang atau menolak peserta lain.
1.9. Acara Pentatlon
1.9.1. Hari Pertama : 100m Lari Berpagar, Lompat Tinggi
dan Melontar Peluru.
1.9.2. Hari Kedua : Lompat Jauh dan 800m
1.10 Acara Heptatlon
1.10.1. Hari Pertama : 110m Lari Berpagar, Lompat Tinggi,
Melontar Peluru dan 400m
1.10.2. Hari Kedua : Lompat Jauh, Merejam Lembing dan
1500m
1.11. Acara Pertandingan
1.11.1 Diperingkat sekolah penyertaan pelajar dalam satu acara bergantung kepada jumlah rumah dan trek yang ada bagi memudahkan cara pertandingan dijalankan.
1.11.2 Di Kejohanan Peringkat Daerah dan negeri penyertaan TIDAK LEBIH daripada dua ( 2 ) orang peserta bagi setiap acara individu dan satu ( 1 ) pasukan bagi acara Lari Berganti-Ganti.
1.11.3. Bilangan maksima penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut :
KUMPULAN UMUR | INDIVIDU | LARI BERGANTI-GANTI |
18 TKB | 3 ( termasuk acara terbuka ) | 2 |
15 TKB | 3 ( termasuk acara terbuka ) | 2 |
1.11.4. Peserta – peserta Heptatlon dan Pentatlon TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara individu yang lain
1.11.5. Acara TERBUKA hanya dibenarkan disertai oleh peserta – peserta yang berumur 12 tahun atau lebih pada 01 Januari tahun pertandingan.
1.12. Melaporkan Diri Peserta
1.12.1 Peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara balapan dan 45 minit bagi acara padang, sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta
1.12.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan
1.12.3 Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan
1.12.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing.
1.12.5 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara mereka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri
1.13 Prosedur Masuk Dan Keluar Arena Pertandingan
1.13.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan diringi oleh Penyelia Peserta.
1.13.2 Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta merta tanpa memasuki padang.
1.14 Blok Permulaan
1.14.1 Bagi acara-acara yang tersebut di bawah untuk peringkat umur 18 Tahun Ke Bawah dan 15 Tahun Ke Bawah ( Lelaki dan Perempuan ) mulaan dekam dan Blok Permulaan MESTI DIGUNAKAN UNTUK ACARA
100m, 200m, 400m, 100 m Lari Berpagar, 110m Lari Berpagar, 400m Lari Berpagar, 4 X 100m dan 4 X 400m
1.14. Paku Kasut ( Spikes )
1.15.1 Paku Kasut : Kejohanan yang diadakan di atas balapan jenis sintetik. Panjang maksima paku kasut ( spikes ) tidak boleh melebihi 09mm, kecuali untuk acara Lompat Tinggi dan Merejam Lembing. Untuk acara-acara tersebut, paku kasut tidak boleh melebihi 12mm.
1.16 Cara Menanda Di Tempat-Tempat Pertandingan
1.16.1 Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan kapur atau lain-lain bahan sepertinya untuk menandakan di tempat – tempat pertandingan. Mereka hendaklah menggunakan pita.
1.17 Cara menentuan Peserta Terbaik adalah berdasarkan kateria berikut:
1.17.1 Pemecah rekod baru berstatus ( ikut ranking kejohanan ) Rekod Kejohanan Olahraga peringkat Kebangsaan ( KOAM ) , Rekod Remaja Kebangsaan ( KOAM ) , MSS Asean, dan MSSM dan jumlah rekod yang diperbaharui dengan mengambil kira usia rekod dan bilangan pingat emas, perak dan gangsa.
1.17.2 Sekiranya tiada rekod yang diatasi / dicatat, jumlah pungutan pingat emas atau perak atau gangsa dalam acara individu akan diambil kira.
1.17.3 Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat perak dan pingat gangsa dalam acara individu akan diambil kira.
1.17.4 Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka keputusan akan dibuat berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara tertentu setiap peserta
1.17.5 Olahragawan dan olahragawati di beri kepada peserta terbaik keseluruhan ( lelaki dan perempuan ).
Subscribe to:
Posts (Atom)