Monday 18 July 2011 | | By: Balapan dan Padang MSS Negeri Sembilan

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN OLAHRAGA

Setiap makhluk mempunyai fikiran, dari pemikiranlah terhasilnya perlakuan kemahiran asas seperti berlari, melompat, membaling ataupun melontar. Semakin lama kemahiran ini telah diperkembangkan sehingga menjadi satu acara sukan. Tarikan yang ada pada acara sukan ini telah melahirkan istilah olahraga (athletics) yang dapat merangkumi acara berlari, melontar dan melompat.

Mengikut catatan sejarah olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece. Oleh itu ianya boleh dianggap sebagai acara sukan yang tertua di dunia.  Catatan sukan olahraga ini bermula di Sukan Olimpik kuno tahun 776 S.M di Greece. Berdasarkan  The Encyclopedia of Sports cara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh dimana ahli sukan  Sparta iaitu Chionis pada Sukan Olimpik  656 S.M berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 ½ inci.

Di England sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst di mana temasya sukan bermula pada 1812.  Kemudian Kelab Olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu ‘The Necton Guild’. Setelah itu semakin banyak  kelab olahraga yang ditubuhkan dan ada kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan iaitu  tahun 1850 di Oxford University –Exeter College Athletic Club. Manakala kejohanan kebangsaan yang pertama ialah pada tahun 1866 dianjurkan oleh Amateur Athletic Club di England. Seterusnya kejohanana Antarabangsa yang pertama diadakan  tahun 1876 antara England dan Ireland. Menjelang  abad ke-20 ramai atlit Amerika Syarikat yang telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan.

Ternyata kebanyakkan peserta dari negara Amerika Syarikat ialah berketurunan  Negro, namun atlit dari negara Eropah lain turut cemerlang dalam olahraga.. Sememangnya ketika itu atlit dari Asia dan Afrika belum mampu menyaingi kemampuan atlit dari Eropah. Tetapi kini senario tersebut telah bereubah dan boleh dikatakan atlit Asia dan Afrika dianggap setaraf dengan atlit Eropah.

Dewasa ini pelbagai kejohanan sukan yang telah diadakan seperti Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Mana-mana badan atau pertubuhan yang berdaftar dibawah IAAF boleh menyertai kejohanan dibawah pengawasan IAAF.

SUKAN OLIMPIK.

Ia telah diadakan buat kali pertama di Greece tahun 1896. Sukan ini dianjurkan  oleh Persekutuan Olahraga  Amatur Antarabangsa yang bergabung dengan Majlis Olimpik Antarabangsa dan ia diadakan empat tahun sekali. Sukan ini tidak mungkin wujud kembali jika tiada orang yang bernama Baron Pierre de Coubertin. Pada Sukan Olimpik yang pertama itu sebanyak 295 atlit telah menyertainya. Setelah itu banyak kejayan yang diperolehi atau dilihat pada Sukan Olimpik contohnya pada 1992 di Barcelona lebih dari 135 negara yang menyertai sukan ini.
Cogan kata bagi Sukan Olimpik ialah “ Perkara yang penting didalam sukan bukanlah kemenangan , tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting dalam hidup ialah berusaha”. Berdasarkan kepada cogan karta inilah  banyak negara yang menyertainya walaupun amat sukar untuk mencapai sesuatu kemenangan yang memang menjadi idaman mereka.

Malaysia telah menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1956 di Melbourne  dalam 4 acara  iaitu hoki, angkat berat, olahraga dan renang. Sejak dari itu Malaysia tidak pernah ketinggalan dari menyertai Sukan Olimpik kecuali tahun 1980 kerana membantah tindakan Rusia yang menceroboh Afghanistan. Sehingga kini kita hanya pernah memenangi pingat gangsa acara badminton  di Barcelona tahun 1992.

0 comments:

Post a Comment